Friday, March 15, 2013

cerita dongeng saya

Suasana hingar-bingar di dewan cengal. Suara pelajar-pelajar disekeliling aku langsung tidak mematahkan semangat aku untuk turut sama menyumbangkan suara. Makin ramai yang bercakap, makin kuat aku bersuara. Mana boleh mengaku kalah hehehehe.

Tahun ni tahun rehat aku, senang cerita honeymoon year. Yelah, baru habis PMR lah kata kan. Kira nak lepas geram tahun ni tak nak belajar langsung. Hahahaha agak-agak kena maki tak dengan mak aku??

"Wei kau budak baru ek?" Saja je aku tegur budak yang duduk sebelah Nik ni. Diam semacam je, ala-ala muka nak terkam orang je.

Nik pulak leh main pandang atas-bawah-atas-bawah kat budak tu.Aku tengok dah macam mafia je. "A'ah, tapi tak tahu lagi kelas mana. Aku  Ain,dari Melaka."

"Tapi aku duduk sini je. Saja gedik sekolah kat Melaka." "Korang dah tau ke kelas mana?"
hmmm makin ramah pulak si Ain ni.

"Ala tak payah susah payah fikir. Cikgu confirm tetapkan kelas kita. Percaya lah cakap aku." penuh yakin aku bagitahu dorang hahahah. Seperti yang aku agak, belum apa-apa kitorang dah kena campak dalam kelas 4 sains 2. Nasib baik Nik dan Azira satu kelas dengan aku. Budak baru tu pun sama sekelas.

Port tempat duduk yang aku dah aim bila jejak kaki dalam kelas - belakang sekali. Nik dengan Azira pun sekepala. Cepat-cepat berkejar nak cop tempat duduk paling belakang. Ala paling belakang pun tak mencabar langsung. Budak kelas ada 20orang je hahahha.

Majoriti kelas aku, mestilah budak melayu. Nama pun kelas sains 2 hahhaha. Budak cina ada lah dalam 5-6 orang. Budak sikh sorang, india sorang, and sesat sorang budak pakistan. Budak lelaki melayu ada dalam 4-5 orang. Semua senget-senget termasuk lah jiran aku, Lan.

"Wei kelas ni nama je kepupusan murid, tapi suara mengalahkan beruk dalam hutan" si Nik dah mula membebel tepi telinga aku. Nasib lah aku ni solehah sikit, jadi anak tudung aku tu jadi filter dari suara si Nik. Azira pulak dah sibuk-sibuk berkira tulis nama atas buku tulis.
"Ala Nik, biasa lah baru mula bukak sekolah kan, semua gaya nak tunjuk pakar lawan cakap"

Aku awal-awal dah rancang benda ni walaupun belum start belajar."Nik,jom drop subjek hahhaha" Nik pun pandang aku "Kau gila ek Han? Belum apa-apa nak drop. Belajar lah dulu, ni gedik sangat. Tapi kalau kau nak drop, kita tunggu lah seminggu hahahhaha"

"Ngok! hahahha" terus aku tunjal kepala Nik.

"Ehem!! Selamat pagi!" hmm ni ala-gaya bencana nak turun ni.
Semua bangun "Selamat sejahtera cikgu!!"

Cikgu Roslan. Guru kelas merangkap cikgu matematik. Fuhh subjek yang terbaik tapi tak pernahnya aku skor dalam exam.

Hari kedua, budak sikh kelas aku dah bising-bising kata nak tukar kelas. Hardeev, si besar dan si tinggi. Mula memekak dalam kelas masa aku menapak masuk. Dah lah aku lambat, kena denda. Ni kena dengar mamat ni memekak pulak.

Last-last dapat tahu, si Hardeev dengan Siva dapat tukar kelas. Konon tak minat sains. Aku ni pun gaya tak minat, tapi kena paksa minat jugak.
"Kelas, kalau ada lagi yang ada idea nak tukar kelas, berkemungkinan kelas kamu akan bergabung dengan kelas sains 1" Cikgu Roslan mulakan pagi tu dengan ayat yang tak best!!

Kelas mula bising. Bunyi suara tak puas hati. Yelah, mana boleh skema + senget. "Nik,kalau gabung aku duduk dengan kau tau" Aku memang risau kalau gabung-gabung ni. Yelah takut dapat nombor corot hahahah.
Dekat sebulan aku bersekolah. Memang kerja aku, Nik, Azira dan Ain hanya main saja. Tapi si Ain ni skema sket. Penakut pun ye jugak. Kadang-kadang rasa bersalah jugak ajar budak ni benda jahat.

Dalam sebulan ni jugaklah, hampir setiap hari aku akan datang lambat. So setiap kali perhimpunan, muka aku akan terpacak depan tapak perhimpunan-tayang muka. Tiap tu jugak, aku buat amal jariah. Tambahkan tabung sekolah. Tiap kali lewat, melayang RM1.

Cukup 4 kali berturut-turut, lepak bilik disiplin lah. Sementara tunggu turn nak tadah tangan, aku bantai gelakkan budak-budak lelaki yang kena sebat kat punggung tu dulu hahahha tapi gaya ayu jelah. Tiba turn aku, tadah jelah tangan. Berbirat jugak. Ni salah satu sebab aku jadikan alasan tak nak salin nota terutamanya Sejarah hahahahah

"Lan, bapak kau ni memang suka takutkan adik aku ke? Asal jumpa je, mula lah buat muka garang. Bukannya adik aku buat salah pun."
"La Han, bapak aku gurau je lah,main-main je" Lan boleh pulak buat muka toya dia kat aku. Entah spesis apa entah.

Nik pandang aku sambil buat kening double jerk. Azira a.k.a zirot pun sama. "Pehal zirot??? Ko ada hutang dengan aku ke?"
"Ko dah siap latihan add math belum?" Aku angkat kening dan terus pandang bawah laci." Of course lah belum, buku latihan aku tinggalkan bawah meja. Cikgu Priya nak hari ni ke?"

Tak payah tunggu jawapan, aku terus buat. Time-time macam ni lah si Qusyai sibuk tanya latihan dah siap ke belum. Memang kena lah dengan aku. Terus Qusyai amik kerusi dan duduk depan meja aku.
"Kau nak ape wei? Aku busy ni" sambil buat latihan aku tendang kerusi dia,suruh Qusyai pergi dari meja aku." Aku nak salin jawapan la Han."

Belum sempat jawap, Cikgu priya pun masuk. "Latihan. Pass up!" Fuhhh masak. Kalau tak hantar memang kena sembur plus extra kerja lah jawap nye.

"Cikgu! Saya tak faham soalan ni. Dah try method itu ini, masih tak dapat jawapan." senyap sunyi.
"Ok kelas,latihan hari ni guna buku latihan yang sama, pass up pada saya lusa. Terima kasih." Fuhhhhh.
Hehehehehehe nasib baik aku tak buat apa-apa lagi. Sayang Cikgu Priya!

0 0 kwn saya yg poyo tapi baik:

kawan tak Poyo

Google+ Followers

seme ni hakmilik munmun dan milo ais nyer