Friday, March 15, 2013

cerita dongeng saya

Suasana hingar-bingar di dewan cengal. Suara pelajar-pelajar disekeliling aku langsung tidak mematahkan semangat aku untuk turut sama menyumbangkan suara. Makin ramai yang bercakap, makin kuat aku bersuara. Mana boleh mengaku kalah hehehehe.

Tahun ni tahun rehat aku, senang cerita honeymoon year. Yelah, baru habis PMR lah kata kan. Kira nak lepas geram tahun ni tak nak belajar langsung. Hahahaha agak-agak kena maki tak dengan mak aku??

"Wei kau budak baru ek?" Saja je aku tegur budak yang duduk sebelah Nik ni. Diam semacam je, ala-ala muka nak terkam orang je.

Nik pulak leh main pandang atas-bawah-atas-bawah kat budak tu.Aku tengok dah macam mafia je. "A'ah, tapi tak tahu lagi kelas mana. Aku  Ain,dari Melaka."

"Tapi aku duduk sini je. Saja gedik sekolah kat Melaka." "Korang dah tau ke kelas mana?"
hmmm makin ramah pulak si Ain ni.

"Ala tak payah susah payah fikir. Cikgu confirm tetapkan kelas kita. Percaya lah cakap aku." penuh yakin aku bagitahu dorang hahahah. Seperti yang aku agak, belum apa-apa kitorang dah kena campak dalam kelas 4 sains 2. Nasib baik Nik dan Azira satu kelas dengan aku. Budak baru tu pun sama sekelas.

Port tempat duduk yang aku dah aim bila jejak kaki dalam kelas - belakang sekali. Nik dengan Azira pun sekepala. Cepat-cepat berkejar nak cop tempat duduk paling belakang. Ala paling belakang pun tak mencabar langsung. Budak kelas ada 20orang je hahahha.

Majoriti kelas aku, mestilah budak melayu. Nama pun kelas sains 2 hahhaha. Budak cina ada lah dalam 5-6 orang. Budak sikh sorang, india sorang, and sesat sorang budak pakistan. Budak lelaki melayu ada dalam 4-5 orang. Semua senget-senget termasuk lah jiran aku, Lan.

"Wei kelas ni nama je kepupusan murid, tapi suara mengalahkan beruk dalam hutan" si Nik dah mula membebel tepi telinga aku. Nasib lah aku ni solehah sikit, jadi anak tudung aku tu jadi filter dari suara si Nik. Azira pulak dah sibuk-sibuk berkira tulis nama atas buku tulis.
"Ala Nik, biasa lah baru mula bukak sekolah kan, semua gaya nak tunjuk pakar lawan cakap"

Aku awal-awal dah rancang benda ni walaupun belum start belajar."Nik,jom drop subjek hahhaha" Nik pun pandang aku "Kau gila ek Han? Belum apa-apa nak drop. Belajar lah dulu, ni gedik sangat. Tapi kalau kau nak drop, kita tunggu lah seminggu hahahhaha"

"Ngok! hahahha" terus aku tunjal kepala Nik.

"Ehem!! Selamat pagi!" hmm ni ala-gaya bencana nak turun ni.
Semua bangun "Selamat sejahtera cikgu!!"

Cikgu Roslan. Guru kelas merangkap cikgu matematik. Fuhh subjek yang terbaik tapi tak pernahnya aku skor dalam exam.

Hari kedua, budak sikh kelas aku dah bising-bising kata nak tukar kelas. Hardeev, si besar dan si tinggi. Mula memekak dalam kelas masa aku menapak masuk. Dah lah aku lambat, kena denda. Ni kena dengar mamat ni memekak pulak.

Last-last dapat tahu, si Hardeev dengan Siva dapat tukar kelas. Konon tak minat sains. Aku ni pun gaya tak minat, tapi kena paksa minat jugak.
"Kelas, kalau ada lagi yang ada idea nak tukar kelas, berkemungkinan kelas kamu akan bergabung dengan kelas sains 1" Cikgu Roslan mulakan pagi tu dengan ayat yang tak best!!

Kelas mula bising. Bunyi suara tak puas hati. Yelah, mana boleh skema + senget. "Nik,kalau gabung aku duduk dengan kau tau" Aku memang risau kalau gabung-gabung ni. Yelah takut dapat nombor corot hahahah.

Saturday, March 9, 2013

aku kah itu??

Assalamualaikum..

errr katak tu agak2 same tak macam aku...
macam dekat empat puluh tahun aku jadi silent reader - yeke


memang lah macam katak aku ni..banyak benda aku ketinggalan
dah ar facebook pon tadak
memang luar alam betul aku ni
member2 kawen pon-aku jugak yang last dapat tau
alasan:
l
l
l
l
tadak facebook....
pape tah..macam lah aku ni duk ulu sangat sampai taleh nak hulur kad sekeping dua
lalallalala

tapi kan
entry ni bukan ada makna ape pon
juz nak menunjukkan aku masih wujud dan bernapas lagi
ngeh ngeh ngeh


salam poyo
-mumun

kawan tak Poyo

Google+ Followers

seme ni hakmilik munmun dan milo ais nyer