BEBERAPA minggu sebelum kematiannya, Allahyarhamah Yasmin Ahmad sebenarnya meninggalkan alamat dan petanda sebanyak dua kali kepada ahli-ahli keluarga tersayangnya.
Pengarah filem dan iklan itu menurut ibunya, Cik Inom telah membayang-bayangkan dia mungkin tidak dapat meraikan hari jadi Abahnya tahun depan.
Kata Mak Inom, alamat itu turut dititipkan arwah Yasmin kepada suami tersayangnya.
"Dia (Arwah Yasmin) nak datang pada dua minggu terakhir. Hari jadi Abah jatuh pada 19 haribulan. Oleh kerana kita nak pergi ke Langkawi, mereka mengadakannya pada 14 hb. Julai.
"Semua anak cucu, saudara mara datang, makan dan saling berkenalan. Yasmin berkata, "Abah, saya akan berada di Langkawi pada Ahad ini".
"Ini kerana saya (Yasmin) tidak tahu sama ada dapat bersama Abah atau tidak pada tahun depan," kata Mak Inom di sidang akhbar di rumahnya di Subang Jaya, semalam.
Walaupun telah meraikan hari jadi Abah lebih awal, Mak Inom berkata, anak kesayangannya itu tetap ingin menemui Abahnya di Langkawi.
"Saya kata tak payah-lah. Namun, Yasmin tetap ingin datang ke Langkawi pada malam Jumaat. Dia ingin menikmati hidangan makanan di Restoran Darling Loop, restoran kegemarannya," ujar Mak Inom.
19 Julai lalu, Yasmin menunai hasratnya bersama abahnya meraikan hari jadinya di Langkawi. Tanpa disedari Pak Inom dan sesiapa pun, itu merupakan kali terakhir Yasmin dapat menyanyikan lagu hari jadi untuknya.
Melihat ayahnya terbatuk-batuk, Yasmin memberitahu mereka dia akan melawat ayahnya Pak Inom selang seminggu kemudian.
Malah dia meninggalkan barang-barang keperluan harian di Langkawi. Hasrat Yasmin bagaimanapun menghairankan suaminya.
Mak Inom berkata: "Yasmin memberitahu kami dia akan datang lagi pada hari Jumaat. Dia tinggalkan selipar dan barangan lain di sini.
Menurutnya suami Yasmin, Abdullah Tan Yew Leong, dia juga turut mendengar 'alamat ' daripada Yasmin yang berbunyi "I don't know whether I'll be with abah next year".
"Dua kali dia cakap macam itu," kata Mak Inom mengimbau kembali pesanan terakhir Yasmin kepada mereka.
Pemergian Allahyarhamah Yasmin Ahmad, pengarah tersohor Malaysia pada 23 Julai lalu amat tidak diduga.
Pada hari itu, arwah Yasmin rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, TV3 dan dikejarkan ke hospital berdekatan. Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.
Pengarah filem terkenal itu dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25, pada hari Sabtu, 25 Julai di Hospital Pakar Damansara.
Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak dan disemadikan di tanah perkuburan USJ22, Subang Jaya pada hari Ahad lalu di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya.
Yasmin, dalam riwayatnya adalah seorang sutradara filem yang cukup kreatif. Filem-filem arahannya seperti Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan Talentime telah memenangi pelbagai anugerah dan penghargaan didalam dan di luar negara membawa pengiktirafan tertinggi untuknya.
sumber dari: mstar
1 0 kwn saya yg poyo tapi baik:
Shazat tengok cerita Sepet dan Mukhsin..memang best :)
Post a Comment